Polisi bayaran
Kemas kini terakhir: 28 November 2026
Kad jemput. ialah produk digital. You boleh buat dan preview kad sepenuhnya sebelum bayar, so semua bayaran adalah muktamad dan tidak dikembalikan, kecuali dalam situasi di bawah.
Bila kami pulangkan bayaran penuh
- You terbayar dua kali, atau terlebih bayar untuk tempahan yang sama.
- Resit you sah, tapi kami gagal aktifkan kad dalam masa 3 hari bekerja.
- Kami tolak tempahan you (contohnya kandungan tak sesuai).
Bila bayaran tidak dikembalikan
- Ubah fikiran, atau kad tak lagi diperlukan.
- Majlis ditangguh atau dibatalkan.
- Ciri yang tak digunakan, atau tukar ke pakej lebih rendah.
- Kesilapan maklumat (nama, tarikh, lokasi) yang boleh diedit sendiri.
Tapi jangan risau, ini percuma
- Edit tanpa had: tukar nama, tarikh, lokasi, gambar atau lagu bila-bila masa guna link rahsia you.
- Majlis tangguh? Tukar tarikh je, link kad kekal sama.
- Naik taraf Mekar ke Mewangi: bayar beza harga je.
Cara hubungi kami
WhatsApp 017-807 0878 dengan link kad dan resit bayaran. Kami balas dalam masa 1 hari bekerja. Bayaran balik yang layak dibuat melalui pindahan bank dalam 3 hingga 5 hari bekerja.